TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019

by - 5:24 AM

Tentang Gunung Bromo.


Ketinggiannya 2300meter, sejenis gunung berapi yang masih aktif dari tahun 2015-kini yang menjadi tarikan utama pengunjung di wilayah Tanah Jawa Timur, ianya di kelilingi oleh lautan pasir yang luas juga dikenali sebagai 'pasir berbisik" dimana kebanyakkan pelawat memandu disekitarnya dengan menggunakan kereta jeep pacuan 4 roda. Berada di dalam 4 wilayah Kabupaten yakni Pasuruan, Lumanjang, Probolinggo dan malang. Ianya termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.
     

pic kredit to www.tempatwisatakita.net
Perjalanan sis roro bermula dari 31/8/2019 ke Surabaya-Pasuruan-Perumaha Suku Tengger-Bromo-1/9/2019

Kisah Pemandangan indah matahari terbit di Bromo

               Ditengah-tengah malam ketika waktu manusia lain sedang nyenyak tido, masa itulah beratus-ratus jeep dipandu naik menuju ke pelbagai "sunrise view point", pemanduan kami itu mengambil masa selama satu jam. kami bangun seawal 2 pagi dan mula meninggalkan homestay kami yang berada di perumahan suku tengger pada pukul 3 pagi. kumpulan kami bernasib baik kerana dapat peluang naik di Bukit Penanjakan yang yang juga merupakan "the best view point".kami melewati Bukit Cinta yang juga merupakan salah satu point yang lain juga sebelum kami sampai ke "view point" kami. 
              Oleh kerana kami bertolak sedikit lambat tapi tidaklah terlalu lewat, jeep kami tidak dapat naik sehingga ke paling atas sekali kerana sudah telah banyak jeep lain telah sampai terlebih dahulu dari kami maka banyak jeep lain itu telah parkir ditepi jalan menyukarkan jeep kami naik lebih dekat lagi. Jeep pun berhenti dan kami pun turun, dan disitu lah kami bermula berjalan kaki. 
              Boleh juga menaiki motosikal yang berlegar-legar tak henti-henti menawarkan perkhidmatan untuk orang macam sis yang tak berapa fit ini mula-mula memang la semangat nak jalan tapi lama kelamaan mulalah merasa semput dan jantung berdegup kencang kerana cuaca yang sejuk. Otot pun belum sempat nak "warm up" setibanya kami di tempat dimana sepatutnya menjadi penghujung jalan, disitu ada tandas, surau serta gerai-gerai yang menawarkan sarapan ringan seperti minuman panas kopi, teh, pisang dan tempeh goreng.


pic by roro

               Tak lama selepas itu, kami pun menyambung menuju "view point" puncak teratas yang paling tinggi yg sangat curam, tanah gembur yang berakar dan berwarna hitam, perjalanan yang mengambil masa sekitar 10 minit itu kami daki dengan penuh berhati-hati dan pastikan anda jangan pakai kasut putih ya. sis pakai kasut merah bertapak putih ermm.. lebih baik kalau pakai kasut hitam, memang selamat dan tak menyesal. waktu kami naik itu masih gelap lagi..sekitar 5am. kami nak pastikan sampai sebelum waktu matahari terbit iaitu pada pukul 530-6pagi. 
              Ketika sis betul-betul tiba dipuncak sudahpun terdapat pengunjung lain yang telah terlebih dahulu sampai. Ada juga yang mendirikan khemah. Suasana tenang kerana semua pun sudah bersedia menanti kemunculan cahaya pertama kami pada hari itu. Perlahan-lahan cahaya jinggapun muncul dari arah yang berlawanan dan pemandangan bromo yang indah seperti lukisan itu mulailah perlahan-lahan pun muncul di pandangan sis. masa tu tak dapatlah sis gambarkan betapa indahnya ciptaan Nya.
pic by roro

             Sis berasa sangat-sangat beruntung kerana berpeluang menikmati pemandangan terindah itu sepanjang hidup sis.. kenangan yang tak dapat sis lupakan sampai bila-bila. Tersergam indah kelihatan Gunung Bromo bersebelahan dengan gunung-gunung utama yang lain seperti Gunung Semeru dan Gunung Batok, disamping itu juga kelihatan Gunung Kursi serta Gunung Watangan.


seperti hamparan lukisan terindah pic by roro

pic by roro
Suhu di Bromo

                Suhunya teramatlah sejuk terutamanya pada waktu awal pagi diantara 0-10 darjah beserta angin yang agak kencang, sejuknya masa itu berasa sampai ke tulang sis... eeeee.. unggun api boleh didapati di sesetengah gerai untuk pengunjung berehat untuk memanaskan badan serta berasa lebih segar, cergas dan selesa. 
                Baju tebal untuk disewa oleh pengunjung yang tak bersedia pun ada disediakan penjual. bagi sis elok la bawak yang sendiri hmmm faham-faham jelah. tapi kalau dah terdesak kena jugalah sewa. Boleh didapati dengan kadar sewa semurag Rp30k. Pakaian yang sis syorkan adalah seperti, seluar panjang yang tebal, tshirt, stoking beserta kasut bertutup yang selesa, jangan lupa juga jaket tebal, scarf, topi serta sarung tangan. 

wajah-wajah yang gembira sangat kerana berjaya sampai. pic by roro 

waktu perjalanan turun kembali ke tempat surau/musholla yang kini terang tadi waktu naik gelap lagi.. pic by roro.



jeep beratur, jom turun. pic by roro


Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih sis roro ingin sampaikan kepada semua pemyumpang kepada pengalaman paling berharga roro ini terutama sekali kepada:
   1. PASURUAN REGENCY TOURISM OFFICE
   2. BATAM TOURISM PROMOTION BOARD

Akhir kata sis roro:

 "...kemanapun kaki kamu melangkah, ianya akan menjadi sebahagian dari diri kamu.."

You May Also Like

0 comments