Batam Trail Run 2019

by - 2:13 AM

Dimana: Tebing Langit Bukit Dangas, , Sekupang, Kota Batam, kepulauan Riau. 
Bila: 07 April 2019
Kumpulan: 5km Dewasa IDR.100rb
                    2.5 km Pelajar IDR. 60rb

Hadiah: Rp77 juta serta medal

Dimana: Tebing Langit Bukit Dangas, , Sekupang, Kota Batam, kepulauan Riau. 
Bila: 07 April 2019
Kumpulan: 5km Dewasa IDR.100rb
                    2.5 km Pelajar IDR. 60rb

Hadiah: Rp77 juta serta medal



Salam dan hi semua. Sini sis nak share lah pengalaman sis lari sambil panjat bukit di negara seberang. Selalu sis lari secara mendarat sahaja tak pernah lagilah lari sambil panjat bukit lagi. Mujur sis dh fit sikit berbanding dulu kalau tak biasa memang boleh pitam. 



Sis dan juga bersama-sama rakan media seramai 22 org masa tu dijemput khas oleh Team Jabatan Tourism Batam dan cuma beberapa orang kami sahaja yg menyertai kerana sebahagian dari kami merupakan jurugambar serta penyertaan adalah secara atas dasar sukarela dan kalau apa-apa terjadi atas tanggungjawab kami sendiri. Sis masa tu bersama rakan baik blogger yang gigih sebab tu sis yakin boleh sebab dia memang ada banyak pengalaman hiking serta joging berkilo kilo meter nie. 



Kami bermula agak lewat juga sebab sebelum tu kami dihiburkan dengan beberapa persembahan tarian moden dan traditional serta beberapa ucapan. 



Start point dia memang menarik yang ada dinama kan Tebing Langit. Banyak  prop menarik untuk sesiapa yang suka bergambar sis sempat posing beberapa photo tak dapat nak habiskan semua sebab kalau semua joging sampai malam pun tak habis lari. 



Most of it memang pengalaman sis yang tak dapat dilupakan. Memang tak sama lari kat taman ke, kat tepi sungai ke sebab sangat sukar dan mencabar. Well sis happy sebab sis cuba sebab selagi tak cuba tak tau kan. Sekarang sis dh tau dan hope next one sis boleh angkat geng lain join lagi tahun depan kalau ada lagi event macam nie. 



Disini sis nak ucapkan ribuan terima kasih pada Pak edy, Pak Andi, Mas Brams serta yang lain. Tak lupa 21 orang rakan media termasuk my bff yang sporting yang buat trip kami sangat-sangat best dan menghiburkan

You May Also Like

0 comments