JOM SHOPPP @ MELAKA

by - 10:31 PM

Pada 11hb April 2021, berlangsunglah promosi perlancongan yang diberi nama Kempen Promosi Shoppp @ Melaka  yang dirasmikan oleh YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis, EXCO Perlancongan, warisan & Kebudayaan Negeri Melaka. Acara perasmian diadakan di Freeport A'famosa Outlet, Alor Gajah Melaka.






Perasmian ini dimulakan dengan acara Flag off yang diketuai oleh Yb diiringi oleh peserta Bikers Fast Bikes Club & rakan media.




Diantara promosi-promosi menarik yang ditawarkan/diumumkan sewaktu sidang akhbar adalah:

  • Promosi kepadamu, orang melaka extra 5% diskaun ketika berbelanja di bulan ramadan ini untuk menyambut aldilfitri serta pakej menarik sekali penyinapan, iftar serta buffet berbuka puasa sewaktu bercuti bersama keluarga di dalam melaka.
  • Tiket masuk Taman Tema Air dan Safari Wonderland dengan harga RM30.00 sahaja seorang. Promosi ini sah hingga 31 Mei 2021.
  • Pakej Keluarga Kasih Sayang yang berharga RM120.00 bagi 4 orang. Pemilik pakej boleh memilijh sama ada untuk mengunjugi Safari Wonderland atau Taman Tema Air bagi 4 orang. Peserta akan mendapat cenderahati dari Taman Tema A' Famosa. Pakej ini hanya boleh ditempah awal pada lama sesawang sahaja.
  • Pakej stay & iftar. Penginapan 1 malam+iftar buffet+sahur set dari RM109/orang*tambahan RM20/orang untuk Jumaat&sabtu. tempahan dibuat 3 hari sebelum. 
  • Promosi awal beriftar bufet termasuk tikret percuma ke FIREFLY magical light show 13 april-12 Mei 2021 RM59/dewasa RM49/kanak-kanak/warga emas * Promo awal sebelum 18 april 2021. hubungi May Ng 019-6003492/06-5520888 www.afamosa.com














You May Also Like

0 comments