facebook google twitter tumblr instagram linkedin
Powered by Blogger.
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

RORO

Pada 11hb April 2021, berlangsunglah promosi perlancongan yang diberi nama Kempen Promosi Shoppp @ Melaka  yang dirasmikan oleh YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis, EXCO Perlancongan, warisan & Kebudayaan Negeri Melaka. Acara perasmian diadakan di Freeport A'famosa Outlet, Alor Gajah Melaka.






Perasmian ini dimulakan dengan acara Flag off yang diketuai oleh Yb diiringi oleh peserta Bikers Fast Bikes Club & rakan media.




Diantara promosi-promosi menarik yang ditawarkan/diumumkan sewaktu sidang akhbar adalah:

  • Promosi kepadamu, orang melaka extra 5% diskaun ketika berbelanja di bulan ramadan ini untuk menyambut aldilfitri serta pakej menarik sekali penyinapan, iftar serta buffet berbuka puasa sewaktu bercuti bersama keluarga di dalam melaka.
  • Tiket masuk Taman Tema Air dan Safari Wonderland dengan harga RM30.00 sahaja seorang. Promosi ini sah hingga 31 Mei 2021.
  • Pakej Keluarga Kasih Sayang yang berharga RM120.00 bagi 4 orang. Pemilik pakej boleh memilijh sama ada untuk mengunjugi Safari Wonderland atau Taman Tema Air bagi 4 orang. Peserta akan mendapat cenderahati dari Taman Tema A' Famosa. Pakej ini hanya boleh ditempah awal pada lama sesawang sahaja.
  • Pakej stay & iftar. Penginapan 1 malam+iftar buffet+sahur set dari RM109/orang*tambahan RM20/orang untuk Jumaat&sabtu. tempahan dibuat 3 hari sebelum. 
  • Promosi awal beriftar bufet termasuk tikret percuma ke FIREFLY magical light show 13 april-12 Mei 2021 RM59/dewasa RM49/kanak-kanak/warga emas * Promo awal sebelum 18 april 2021. hubungi May Ng 019-6003492/06-5520888 www.afamosa.com














10:31 PM No comments
Tentang Gunung Bromo.

Ketinggiannya 2300meter, sejenis gunung berapi yang masih aktif dari tahun 2015-kini yang menjadi tarikan utama pengunjung di wilayah Tanah Jawa Timur, ianya di kelilingi oleh lautan pasir yang luas juga dikenali sebagai 'pasir berbisik" dimana kebanyakkan pelawat memandu disekitarnya dengan menggunakan kereta jeep pacuan 4 roda. Berada di dalam 4 wilayah Kabupaten yakni Pasuruan, Lumanjang, Probolinggo dan malang. Ianya termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.
     

pic kredit to www.tempatwisatakita.net
Perjalanan sis roro bermula dari 31/8/2019 ke Surabaya-Pasuruan-Perumaha Suku Tengger-Bromo-1/9/2019

Kisah Pemandangan indah matahari terbit di Bromo

               Ditengah-tengah malam ketika waktu manusia lain sedang nyenyak tido, masa itulah beratus-ratus jeep dipandu naik menuju ke pelbagai "sunrise view point", pemanduan kami itu mengambil masa selama satu jam. kami bangun seawal 2 pagi dan mula meninggalkan homestay kami yang berada di perumahan suku tengger pada pukul 3 pagi. kumpulan kami bernasib baik kerana dapat peluang naik di Bukit Penanjakan yang yang juga merupakan "the best view point".kami melewati Bukit Cinta yang juga merupakan salah satu point yang lain juga sebelum kami sampai ke "view point" kami. 
              Oleh kerana kami bertolak sedikit lambat tapi tidaklah terlalu lewat, jeep kami tidak dapat naik sehingga ke paling atas sekali kerana sudah telah banyak jeep lain telah sampai terlebih dahulu dari kami maka banyak jeep lain itu telah parkir ditepi jalan menyukarkan jeep kami naik lebih dekat lagi. Jeep pun berhenti dan kami pun turun, dan disitu lah kami bermula berjalan kaki. 
              Boleh juga menaiki motosikal yang berlegar-legar tak henti-henti menawarkan perkhidmatan untuk orang macam sis yang tak berapa fit ini mula-mula memang la semangat nak jalan tapi lama kelamaan mulalah merasa semput dan jantung berdegup kencang kerana cuaca yang sejuk. Otot pun belum sempat nak "warm up" setibanya kami di tempat dimana sepatutnya menjadi penghujung jalan, disitu ada tandas, surau serta gerai-gerai yang menawarkan sarapan ringan seperti minuman panas kopi, teh, pisang dan tempeh goreng.


pic by roro

               Tak lama selepas itu, kami pun menyambung menuju "view point" puncak teratas yang paling tinggi yg sangat curam, tanah gembur yang berakar dan berwarna hitam, perjalanan yang mengambil masa sekitar 10 minit itu kami daki dengan penuh berhati-hati dan pastikan anda jangan pakai kasut putih ya. sis pakai kasut merah bertapak putih ermm.. lebih baik kalau pakai kasut hitam, memang selamat dan tak menyesal. waktu kami naik itu masih gelap lagi..sekitar 5am. kami nak pastikan sampai sebelum waktu matahari terbit iaitu pada pukul 530-6pagi. 
              Ketika sis betul-betul tiba dipuncak sudahpun terdapat pengunjung lain yang telah terlebih dahulu sampai. Ada juga yang mendirikan khemah. Suasana tenang kerana semua pun sudah bersedia menanti kemunculan cahaya pertama kami pada hari itu. Perlahan-lahan cahaya jinggapun muncul dari arah yang berlawanan dan pemandangan bromo yang indah seperti lukisan itu mulailah perlahan-lahan pun muncul di pandangan sis. masa tu tak dapatlah sis gambarkan betapa indahnya ciptaan Nya.
pic by roro

             Sis berasa sangat-sangat beruntung kerana berpeluang menikmati pemandangan terindah itu sepanjang hidup sis.. kenangan yang tak dapat sis lupakan sampai bila-bila. Tersergam indah kelihatan Gunung Bromo bersebelahan dengan gunung-gunung utama yang lain seperti Gunung Semeru dan Gunung Batok, disamping itu juga kelihatan Gunung Kursi serta Gunung Watangan.


seperti hamparan lukisan terindah pic by roro

pic by roro
Suhu di Bromo

                Suhunya teramatlah sejuk terutamanya pada waktu awal pagi diantara 0-10 darjah beserta angin yang agak kencang, sejuknya masa itu berasa sampai ke tulang sis... eeeee.. unggun api boleh didapati di sesetengah gerai untuk pengunjung berehat untuk memanaskan badan serta berasa lebih segar, cergas dan selesa. 
                Baju tebal untuk disewa oleh pengunjung yang tak bersedia pun ada disediakan penjual. bagi sis elok la bawak yang sendiri hmmm faham-faham jelah. tapi kalau dah terdesak kena jugalah sewa. Boleh didapati dengan kadar sewa semurag Rp30k. Pakaian yang sis syorkan adalah seperti, seluar panjang yang tebal, tshirt, stoking beserta kasut bertutup yang selesa, jangan lupa juga jaket tebal, scarf, topi serta sarung tangan. 

wajah-wajah yang gembira sangat kerana berjaya sampai. pic by roro 

waktu perjalanan turun kembali ke tempat surau/musholla yang kini terang tadi waktu naik gelap lagi.. pic by roro.



jeep beratur, jom turun. pic by roro


Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih sis roro ingin sampaikan kepada semua pemyumpang kepada pengalaman paling berharga roro ini terutama sekali kepada:
   1. PASURUAN REGENCY TOURISM OFFICE
   2. BATAM TOURISM PROMOTION BOARD

Akhir kata sis roro:

 "...kemanapun kaki kamu melangkah, ianya akan menjadi sebahagian dari diri kamu.."
5:24 AM No comments
Dimana: Tebing Langit Bukit Dangas, , Sekupang, Kota Batam, kepulauan Riau. 
Bila: 07 April 2019
Kumpulan: 5km Dewasa IDR.100rb
                    2.5 km Pelajar IDR. 60rb

Hadiah: Rp77 juta serta medal

Dimana: Tebing Langit Bukit Dangas, , Sekupang, Kota Batam, kepulauan Riau. 
Bila: 07 April 2019
Kumpulan: 5km Dewasa IDR.100rb
                    2.5 km Pelajar IDR. 60rb

Hadiah: Rp77 juta serta medal



Salam dan hi semua. Sini sis nak share lah pengalaman sis lari sambil panjat bukit di negara seberang. Selalu sis lari secara mendarat sahaja tak pernah lagilah lari sambil panjat bukit lagi. Mujur sis dh fit sikit berbanding dulu kalau tak biasa memang boleh pitam. 



Sis dan juga bersama-sama rakan media seramai 22 org masa tu dijemput khas oleh Team Jabatan Tourism Batam dan cuma beberapa orang kami sahaja yg menyertai kerana sebahagian dari kami merupakan jurugambar serta penyertaan adalah secara atas dasar sukarela dan kalau apa-apa terjadi atas tanggungjawab kami sendiri. Sis masa tu bersama rakan baik blogger yang gigih sebab tu sis yakin boleh sebab dia memang ada banyak pengalaman hiking serta joging berkilo kilo meter nie. 



Kami bermula agak lewat juga sebab sebelum tu kami dihiburkan dengan beberapa persembahan tarian moden dan traditional serta beberapa ucapan. 



Start point dia memang menarik yang ada dinama kan Tebing Langit. Banyak  prop menarik untuk sesiapa yang suka bergambar sis sempat posing beberapa photo tak dapat nak habiskan semua sebab kalau semua joging sampai malam pun tak habis lari. 



Most of it memang pengalaman sis yang tak dapat dilupakan. Memang tak sama lari kat taman ke, kat tepi sungai ke sebab sangat sukar dan mencabar. Well sis happy sebab sis cuba sebab selagi tak cuba tak tau kan. Sekarang sis dh tau dan hope next one sis boleh angkat geng lain join lagi tahun depan kalau ada lagi event macam nie. 



Disini sis nak ucapkan ribuan terima kasih pada Pak edy, Pak Andi, Mas Brams serta yang lain. Tak lupa 21 orang rakan media termasuk my bff yang sporting yang buat trip kami sangat-sangat best dan menghiburkan
2:13 AM No comments


Apa yg buat kita rasa nak menari? Feeling happy? or the music or both? 

Sis nak be honest I love the music and dancing. I can't really dance before this sebab badan sis nie mmg nampak kaku just a little bit of move that last time I called "dancing" hehe and now when I really started dancing with a proper technique. I feel a lot better dancing with less injury especially on the knees once dah tau dah how to stand and move properly.


Ok why dancing? Simple..Dancing buat org happy attract positive energy and spread contagious smiling and wow factors.

So my opinion here is you all suka menari? Nak happy? Nak positive vibes? Let start dancing. And learn how amazing life can be because my life's getting better everyday.

Also u might surprise for those yang cuma kenal menari as Zumba sahaja. For your info actually ada macam-macam jenis as known as aerobic, aerodance, salsation,  mtv dan lain2 lg lagi. Well those thing u will heard when u start learning in the proper place and with the proper people who with certificate to teach certain dance.

Sis amazed dengan new friends that sis dapat kenal thru dancing diaorang dari perbagai background dan peringkat umur. Recently sis jumpa seorang this gorgeous lady dah umur dekat 60 yet look half of her age. Her secret is being happy. Don't waste it on being sad. Sebab tu peluang  masa sekarang nie orang putih panggil "present" for a reason.

Well enough said. if you are person who rasa nak or teringin nak belajar menari come and join us at bvrret dance studio klebang.

Contact;
01118686998 roro for more detail. 
10:11 PM No comments
Assallamualaikum ..

Melaka merupakan sebuah negeri yang senantiasa menjadi pilihan terbaik untuk seisi keluarga dihujung minggu , di musim cuti sekolah dan juga sebagai salah satu lokasi untuk Agensi swasta mahupun jabatan kerajaan mengadakan pelbagai aktiviti/program rasmi dan juga tidak rasmi . Ini disebabkan  oleh keunikan tinggalan sejarahnya seperti tinggalan bangunan- bangunan lama seperti  Istana Muzium Kesultanan Melayu Melaka, A Famosa, Bangunan Stadhuys , Rumah-rumah Ibadat seperti Masjid , Tokong dan kuil  3 serangkai yang terletak di Jalan Harmoni Jonker Street  Melaka dan pelbagai lagi tarikan sejarah. 

Malahan  masyarakatnya juga yang berbilang kaum seperti Masyakat Baba Nyonya , Chetti, Melayu , Portugis , Cina dan juga India juga menjadi salah satu tarikan yang terdapat di Melaka . Bukan setakat itu sahaja , malahan  produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka juga acap kali menarik minat pelancong dari  luar mahupun dalam negeri sendiri untuk melancong ke Melaka. 

Antara tarikan lain yang terdapat di Melaka adalah Becanya yang penuh warna-warni, muzium-muzium , Taming Sari , River Cruise , Jonker Street , A Famosa Resort , Zoo , Taman Rama-rama , Upside Down House , 5D Art Gallery , Bayoo Lagoon, Duck Tour dan pelbagai lagi yang tarikan.

Penginapan

Dari segi penginapan juga terdapat pelbagai jenis penginapan yang menjadi pilihan. Dari hotel bertaraf 6 bintang seperti Majestic Hotel Melaka, Philea Resort and Spa, Holiday Inn, Hotel-hotel biasa, backpackers, homestay dan juga terdapat pelbagai Apartment Hotel yang mampu memuatkan seisi keluarga dengan harga yang cukup murah dan cukup berbaloi dengan lokasi strategik  ditengah-tengah Banda Hilir yang menjadi tumpuan orang ramai. 

Roro Hotel dan Apartment Melaka

Namun sekiranya korang ingin memilih penginapan  yang selesa  , bersih dan juga berbaloi pada harganya,  malahan lokasinya yang strategik, Roro Hotel dan Apartment Melaka adalah pilihan yang tepat.

Ianya terletak ditengah-tengah Banda Hilir dan hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk berjalan kaki , korang mampu ke Upside Down Town House , Taming Sari , Mahkota Parade , Dataran Pahlawan , Muzium-Muzium sekitar Bandar hilir , Downtown Night Market dan pelbagai tarikan yang terdapat disekitarnya tanpa perlu menghadap kesesakan jalan raya seperti mana yang biasa dihadapi sewaktu musim cuti.



Di Roro Hotel dan Apartment  ini mempunyai 3 jenis/type Apartment Hotel yang mampu memberikan keselesaan dan kemudahan yang berbaloi yang bersesuaian dengan harganya. Antara pilihan bilik di  apartment hotel ini adalah :-

Jenis-jenis Bilik

Apartment Hotel - 1 Bilik

1 bedroom + bathroom Inside (Air-cond / Celling Fan)
Living Hall  ( Sofa , Tv , Celling Fan, Extra Single Bed , Coffee Table, Kettle)

Weekend Price : RM 120 
Weekdays : RM 100


 Ruang Tamu yang luas 



Apartment - 2 Bilik

Bedroom 1
- 1 Queen bed Size
-Air-Cond / Celling Fan

Bedroom 2
- 2 Single Bed
- Air-cond /Celling Fan
-1 Bathroom Outside

Living Hall
(Sofa , TV, Dining Table , Fridge, Kitchenette /Sink /Celling Fan)

Weekend Price : RM 150 
Weekdays : RM 120












 Bilik 1 : Queen Bed


Bilik 2 : Dua Single Bed

Apartment - 3 Bilik

Bedroom 1
King Bed + bathroom Inside (Air-cond / Celling Fan)
Living Hall (Sofa , Tv , Celling Fan, Extra Single Bed , Coffee Table, Kettle)

Bedroom 2
- 1 Queen bed Size
-Air-Cond / Celling Fan


Bedroom 3
- 2 Single Bed
- Air-cond /Celling Fan
-1 Bathroom Outside

Living Hall
(Sofa , TV, Dining Table , Fridge, Kitchenette /Sink /Celling Fan)

Normal Price 
Weekend : RM 270
Weekdays : RM 220

PROMO
Weekend : RM 250
Weekdays : RM 200



















Sebarang tempahan untuk Roro Hotel And  Apartment ( Hotel Berkonsepkan Apartment)
 ini boleh menghubungi 

Pn.Rohimin 011-1868 6998
Fax : 06-286 2908

Alamat 
No.1-5 , Jalan PM 13, Plaza Mahkota , 
75000 Banda Hilir , Melaka


Thanks for Reading! Wassallam..
1:23 AM No comments
Older Posts

About me

Rohimin Omar. Blogger .Traveller. Food Lover

Email: rohiminomar@gmail.com

Follow Us

Labels

BVRRET

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2021 (1)
    • ▼  April (1)
      • JOM SHOPPP @ MELAKA
  • ►  2019 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)

Created with by ThemeXpose